Friday, 23 December 2016

SKRIP DALAM PENERBITAN VIDEO

Beberapa minggu lalu kelas saya telah didedahkan dengan penggunaan asesori yang biasa digunakan bersama semasa rakaman dilakukan. Pada kali ni, saya ingin kongsikan berkaitan dengan skrip dalam penerbitan video. Disini saya didedahkan fungsi sebenar skirip dalam proses penerbitan video, langkah-langkah yang perlu di ikuti untuk menghasilkan dan mengikut formatnya. 
Skrip sebenarnya ia merujuk kepada idea keseluruhan rakaman video yang akan dirakam nanti. Biasanya ia boleh disediakan dalam dua jenis iaitu skrip spesifikasi (skrip khusus untuk penerbit dan aktor yang terlibat dalam pengambaran) dan skrip rakaman ( disediakan untuk pengarah, jurukamera, perakam audio, juru kamera dan lain-lain kakitangan yang terlibat dalam pengambaran itu). Didalam skrip ia perlu mengandungi

  • babak atau subjek yang akan dirakamkan. 
  •  teknik rakaman yang akan digunakan. 
  • dialog atau suara latar yang akan digunakan. 
  • tempoh masa atau durasi rakaman bagi setiap babak
  • gamabaran aktiviti atau tingkahlaku subjek atau watak yang ada di lokasi.

Setiap pengambaran mestilah ada skripnya bagi menghasilkan produk yang bermutu. Tujuan skrip dihasilkan adalah untuk membantu semasa dalam proses menentap atau merancang tempoh masa bagi suatu babak di hasilkam dan setiap orang yang terlibat dengan rakaman akan memahami tugas masing-masing.


Terdapat pelbagai format secara am yang digunakan semasa menulis skrip.
  • biasanya satu helaian atau satu mukasurat akan mewakili sekitar satu minit persembahan video sebenar yang akan dihasilkan.
  • skrip biasanya dimulakan dengan pengenalan mengenai lokasi atau persekitaran di mana video atau cerita tersebut akan berlaku. Ini disusuli dengan dialog yang akan disampaikan oleh watak yang berkaitan.
  • biasanya nama watak akan ditulis menggunakan HURUF BESAR. Maklumat mengenai kelakuan atau tingkah lakunya juga akan dimaklumkan di bahagian bawah namanya. Biasanya ia akan ditulis dalam kurungan. Ini disusuli dengan dialog yang akan dituturkan oleh watak tersebut ditulis pada baris berikutnya.
  •  jenis tulisan atau rupa taip (typeface) yang sering digunakan ialah Courier.
  •  Seboleh mungkin gunakan jarak langkau 1.5 atau 2 bagi membolehkan teks atau skrip yang disediakan mudah dibaca. 

contoh format skrip video : satu lajur

perkara wajib yang ada adalah NAMA, ARAHAN & DIALOG


contoh format skrip video : dua lajur atau lebih





No comments:

Post a Comment