Friday 23 December 2016

STORYBOARD

Pada awal kelas, saya di dedahkan mengenai pra produksi dalam penerbitan video. Di antara aspek yang perlu ada dalam pra produksi adalah seperti
§ Story/Ideas                                          
§ Pitch adalah proses persembahan ringkas idea untuk siri filem atau TV biasanya dibuat oleh seorang pengarah, penulis skrip atau filem kepada penerbit filem atau eksekutif studio dengan harapan untuk menarik pembiayaan.
§treatment adalah sinopsis cerita bagi sesuatu rakaman
§ Screenwriting                                      
§ Storyboarding 
§ Funding                                              
§ Assembling a crew 
§ Casting                                                
§ Location scouting 
§ Set design, properties (“props”)        
 § Scheduling 
§ Technology/Equipment

Disini saya hanya fokus mengenai Pitch/Treatment

Treatment- adalah sinopsis cerita bagi sesuatu rakaman
Pitch-

SKRIP DALAM PENERBITAN VIDEO

Beberapa minggu lalu kelas saya telah didedahkan dengan penggunaan asesori yang biasa digunakan bersama semasa rakaman dilakukan. Pada kali ni, saya ingin kongsikan berkaitan dengan skrip dalam penerbitan video. Disini saya didedahkan fungsi sebenar skirip dalam proses penerbitan video, langkah-langkah yang perlu di ikuti untuk menghasilkan dan mengikut formatnya. 
Skrip sebenarnya ia merujuk kepada idea keseluruhan rakaman video yang akan dirakam nanti. Biasanya ia boleh disediakan dalam dua jenis iaitu skrip spesifikasi (skrip khusus untuk penerbit dan aktor yang terlibat dalam pengambaran) dan skrip rakaman ( disediakan untuk pengarah, jurukamera, perakam audio, juru kamera dan lain-lain kakitangan yang terlibat dalam pengambaran itu). Didalam skrip ia perlu mengandungi

  • babak atau subjek yang akan dirakamkan. 
  •  teknik rakaman yang akan digunakan. 
  • dialog atau suara latar yang akan digunakan. 
  • tempoh masa atau durasi rakaman bagi setiap babak
  • gamabaran aktiviti atau tingkahlaku subjek atau watak yang ada di lokasi.

Setiap pengambaran mestilah ada skripnya bagi menghasilkan produk yang bermutu. Tujuan skrip dihasilkan adalah untuk membantu semasa dalam proses menentap atau merancang tempoh masa bagi suatu babak di hasilkam dan setiap orang yang terlibat dengan rakaman akan memahami tugas masing-masing.


Terdapat pelbagai format secara am yang digunakan semasa menulis skrip.
  • biasanya satu helaian atau satu mukasurat akan mewakili sekitar satu minit persembahan video sebenar yang akan dihasilkan.
  • skrip biasanya dimulakan dengan pengenalan mengenai lokasi atau persekitaran di mana video atau cerita tersebut akan berlaku. Ini disusuli dengan dialog yang akan disampaikan oleh watak yang berkaitan.
  • biasanya nama watak akan ditulis menggunakan HURUF BESAR. Maklumat mengenai kelakuan atau tingkah lakunya juga akan dimaklumkan di bahagian bawah namanya. Biasanya ia akan ditulis dalam kurungan. Ini disusuli dengan dialog yang akan dituturkan oleh watak tersebut ditulis pada baris berikutnya.
  •  jenis tulisan atau rupa taip (typeface) yang sering digunakan ialah Courier.
  •  Seboleh mungkin gunakan jarak langkau 1.5 atau 2 bagi membolehkan teks atau skrip yang disediakan mudah dibaca. 

contoh format skrip video : satu lajur

perkara wajib yang ada adalah NAMA, ARAHAN & DIALOG


contoh format skrip video : dua lajur atau lebih





AKSESORI DAN SISTEM SOKONGAN

Pada kali saya di ajar oleh Dr. Jamal berkaitan dengan aksesori dan sistem sokong untuk kamera video. Ada pelbagai aksesori tambahan yang ada yang boleh digunakan bagi menyiapkan sesuatu rakaman. Diantara basik aksesori video yang biasa digunakan adalah seperti berikut.

Video tripod


Monopod


Stabilizer

Slider


Rig

Jib and Crane


Broadcast and MCP



Bagi video DSLR, aksessori yang biasa digunakan bersama adalah :
  • Rail System
  • DSLR Camera Gage
  • Follow Focus
  • Mattebox
  • Monitor
  • Microphone

Wednesday 21 December 2016

Jenis Kamera Video

Pada kali ini saya ingin kongsikan jenis kamera video yang biasa digunakan untuk merakam. Sebelum itu, saya nak terangkan apa itu kamera video?


Kamera video Video Camera Recorder ) adalah kamera elektronik untuk menangkap gambar bergerak (Motion) dalam format video. Terdapat beberapa jenis kamera video. Diantaranya:


Digital Camcoder


Satu alatanelektronik yang boleh merakam video dalam format Digital8, MiniDV, DVD, hard drive atau solid-state flash memory serta rekod dalam format seperti MPEG-1, MPEG-2 atau MPEG-4. Kemera jenis ini  boleh merakam video pada resolusi yang lebih tinggi berbanding dengan kamkoder analog biasa. Selain itu ia juga boleh juga digunakan untuk mengambil gambar dan disimpan secara berasingan dengan video. 



Video yang telah dirakam boleh dipindah ke komputer dengan menggunakan USB atau "FireWire Cabel" bagi tujuan mengedit dan menyalin ke DVD. Ia juga boleh disambung ke TV dengan menggunakan sama ada kabel video komposit atau HDMI.

Jenis Digital Camcorder:

  • DVD Camcorder
  • MiniDV Camcorder
  • HDV Camcorder
  • Hard Drive Camcoder
  • Solid State Drive (SSD) Camcorder




16mm Film Camera



HDSLR Video

DSLR bermaksud "Digital Single Lens Reflex". Dalam bahasa yang mudah, DSLR adalah kamera digital yang menggunakan cermin kepada cahaya terus dari kanta untuk "viewfinder", yang merupakan tempat di belakang kamera yang bertujuan untuk melihat apa yang anda mengambil gambar. Contoh CANON 5D, CANON 7D, SONY ALPHA 7S, PANASONIC GH4 dan lain-lain.





Black magic, Red magic dan lain-lain










Monday 19 December 2016

PENGENALAN ASAS PRODUKSI VIDEO

1.0   Asas dalam sebuah produksi video 

  • Tahap Pra-Produksi/Pre-Production 
  • Tahap Produksi/Production 
  • Tahap Pasca Produksi/Post Production 

 1.1  Tahap Pra-Produksi
  • Scripting merupakan idea awal yang digunakan sebagai bahan dalam pembuatan video. Dalam tahap ini dilakukan penulisan sesuatu senario. 
  • Developent of concept, dalam tahap ini masing-masing kru  mungkin mampu untuk mengembangkan idea yang telah di dapat dalam pembuatan script sebagai konsep dalam pembuatan video/film/iklan tersebut.
  • Treatment adalah pengembangan jalan cerita dari sinopsis yang diuraikan ringkas secara deskriptif.
  • Storyboard
  • Shot list adalah 
  • Planning merupakan tahapan perancangan. Hal ini meliputi perancangan  pengambilan gambar, pemilihan tempat,  menentukan staf dan kru produksi, merancang barang atau peralatan apa saja yang akan digunakan, anggaran kos, dan hal-hal lain.

1.2   Tahap Produksi
  • Shooting - proses pengambilan gambar atau video
  • Acting - setiap pelakon memainkan peranannya
  • Creating Animation- bila ada penambahkan sentuhan animasi dalam video
  • Record Sound - proses merakam  suara
  • Create Text/Graphic - dibuat jika kita ingin menambahkan tulisan atau gambar dalam video

1.3   Tahap Pos Produksi

  •  Compositing iaitu menggabungkan semua elemen ke dalam satu media
  • Menambahkan kesan khusus
  • Mengimport materi sumber
  • Assamble/edit, menyunting bahan@video sesuai dengan naskah yang ada
  • Menghasilkan output, reproduksi dan distribusi

i